Friday, 29 November 2013

Kelebihan Berenang 


Antara kebaikan berenang yang pasti memberi pelbagai impak positif kepada perenang ialah:
  • Merupakan sunnah yang dituntut selain daripada memanah dan sukan berkuda
  • Mengembalikan kesegaran tubuh badan
  • Menghilangkan tekanan
  • Menguatkan otot jantung dan badan
  • Mengekalkan tubuh badan yang cantik
  • Aktiviti sukan yang paling sihat kerana melibatkan keseluruhan tubuh badan dan tidak mendatangkan risiko kecederaan
  • Sangat disarankan kepada kepada individu yang menghidapi obesiti dan juga penyakit asthma
  • Dipercayai boleh menghilangkan / mengurangkan masalah sakit pinggang dan juga sakit kepala
  • Sangat baik untuk diamalkan dalam proses pemulihan selepas kecederaan
  • Senaman yang baik untuk golongan 'slow-learner' dan juga orang kurang upaya

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain merangsang stamina (sistem kardiovaskular).

Pada kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan akan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan di air seperti aerobik yang memberikan faedah kepada kardiovaskular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan di air yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis).

Berenang merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot di bahagian atas dan di bahagian bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjoging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja. Tambahan pula, aktiviti aerobik dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress atau tekanan.

Secara kesuluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan tekanan tumpuan pada sambungan dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan di air adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan. Berenang juga diamalkan dalam proses penyembuhan semula selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Berenang juga selamat untuk mereka yang berumur dan juga wanita mengandung.

Ini semua sememangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan. Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah bererti permainan dan kelalaian kecuali empat perkara;
  1. Seorang lelaki yang berjalan antara dua sasaran (untuk memanah)
  2. Seorang yang mendidik kudanya
  3. Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya
  4. Belajar berenang 
 (Riwayat Thabarani)
 
 Credit to http://kolamrenanguitm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment